Yes, that's right. I am officially a registered student of Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) batch 0812. Am in Form 1 Maju and in Rumah Panglima. Go Panglima!!
It's a nice school, with the hostels nicely perched on a hilltop. The boys' are luckier to have a panoramic view of the Permaisuri Lakes. Mine is overlooking the hill, but still with very nice greeneries.
The school is also awesome in academic (2nd best SBP in the whole country for SPM 2005, best SBP in KL for PMR 2007) and sports (SMSS rugby still amongst the top 3) and also in leadership and co-curriculum. Can give any SBP (or MRSM) a run for their money.
The students (including the seniors) are great! I'm already beginning to really love this school so much!!
Friday, February 29, 2008
Daniellia Zainisya ~ SMSS 0812
Posted by Daniellia Zainisya at 3:20 AM 4 comments
Monday, February 18, 2008
Catatan Dari Seorang Senior SMSS 0408
Tingkatan Satu SMSS Tahun 2008
Pelajar-pelajar Tingkatan Satu Tahun 2008 Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) telah pun masuk pada awal bulan ini. Berbagai-bagai riak muka yang dapat dilihat pada wajah mereka. Ada yang ceria, ada yang ketakutan dan ada juga yang 'blur'. Tak kurang juga yang menangis kesedihan. Itu semua hanyalah untuk hari pertama sahaja, menjelang seminggu mereka semua umpama telah lama berkenalan.
Program Minggu Orientasi diadakan selama seminggu bagi memperkenalkan pelajar-pelajar Tingkatan Satu ini kepada persekitaran sekolah yang masih baru bagi mereka. Mereka dibawa melawat ke setiap pelusuk Blok Akademik, Asrama dan Padang Permainan. Program ini juga bertujuan untuk membantu mereka dalam proses perkenalan sesama rakan. Ini amat penting bagi memupuk semangat batch yang amat berguna pada masa akan datang.
Minggu Orientasi pelajar Tingkatan Satu SMSS 2008 berakhir dengan aktiviti Malam Bakat. Pemenang akan menyumbang mata untuk Rumah Sukan masing-masing. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki membuat satu persembahan nyanyian samada nasyid, boria dan lain-lain. Keletah mereka dapat dilihat pada malam tersebut.
Keputusan pertandingan:-
Johan: Pahlawan (Boys)
Naib Johan: Perwira (Boys)
Posted by Daniellia Zainisya at 6:04 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ Ansara 10s Part 2
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) menyapu bersih semua gelaran di dalam Karnival Ragbi 10s ANSARA Ke IV 2008 apabila ketiga-tiga pasukan wakilnya memenangi kesemua pertandingan bagi kategori-kategori Sekolah, Alumni Bawah 19 Tahun dan Alumni Terbuka.
Di dalam perlawanan akhir pertama iaitu kategori sekolah, pasukan SM Sains Selangor menebus kekalahan tahun lalu kepada lawan akhir iaitu Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) Putrajaya melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa mata bagi muncul sebagai Johan Perdana Kategori Sekolah.
Bagi kategori Alumni Bawah 19 Tahun pula, pasukan ragbi alumni SM Sains Selangor, SMS Old Boys muncul Johan Perdana setelah menewaskan lawan dari bekas pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban, SDARA Lions 7 – 0.
Kejayaan pasukan bawah 19 tahun SMSOB dituruti kejayaan pasukan senior mereka mempertahankan gelaran Johan Perdana yang dimenangi tahun lalu. SMSOB terus unggul setelah menewaskan johan sulung ASAS RC 10 – 5 di dalam perlawanan akhir.
Penguasaan warga Sains Selangor di karnival anjuran Kelab Ragbi Ansara ini dilengkapi dengan para pemain mereka memenangi anugerah pemain terbaik di dalam semua kategori.
Sementara itu bagi kategori MRSM pula, MRSM Kem Terendak menebus kekalahan perlawanan akhir tahun lalu dengan menewaskan juara bertahan MRSM Tun Ghafar Baba.
ANSARA Serting pula muncul sebagai Juara ANSARA setelah muncul sebagai pasukan ANSARA terbaik setelah tewas kepada ASAS 0 – 14 di peringkat separuh akhir Bahagian Perdana.
Sebanyak 36 buah pasukan mewakili persatuan bekas pelajar sekolah-sekolah Malaysia menyertai karnival tahunan anjuran Kelab Ragbi ANSARA ini. Kejayaan Kelab Ragbi ANSARA mengelola acara ini adalah hasil sokongan padu daripada Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA), Liga Alumni Malaysia, Kesatuan Ragbi Selangor (SRU), Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Majlis Sukan Negeri Selangor dan Carisbrook.
Berikut adalah keputusan penuh ANSARA 10s 2008;
Johan Perdana (1) – SMS Old Boys
Johan Temenggong (2) – STJOB Warriors
Johan Bentara (3) – SDARA Lions
Johan Perdana Bawah 19 Tahun (1) – SMS Old Boys
Johan Temenggong Bawah 19 Tahun (2) – ANSARA Serting
Johan Bentara Bawah 19 Tahun (3) – Alumni SM Teknik Kuala Klawang
Johan Perdana Sekolah – Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
Johan ANSARA – ANSARA Serting
Johan MRSM – MRSM Kem Terendak
Pemain Terbaik Alumni – Norhazmin Chamili - SMS Old Boys
Pemain Terbaik Alumni Bawah 19 Tahun – Mohd Amir Hadafi - SMS Old Boys
Pemain Terbaik Sekolah – Mohd Naeem Firdaus Mohd Azmi - Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
Posted by Daniellia Zainisya at 6:03 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ Ansara 10s Part 1
Sekolah Menengah Sains Selangor telah dijemput menyertai Kejohanan Ragbi Ansara 10's yang bertempat di Padang Utara, Petaling Jaya. Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Januari 2008. Pada tahun lepas SMSS berjaya mendapat tempat kedua di bawah Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS). Menjadi tanggungjawab SMSS samada untuk menaikkan ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kedudukan itu.
Setelah berpenat lelah sepanjang hari SMSS berjaya melayakan diri untuk hari kedua. Keputusan perlawanan hari kedua seperti berikut;
SMSS 7 vs MRSM Terendak 0
Berbekalkan kemenangan ke atas MSRM Terendak, SMSS telah melayakkan diri ke peringkat final bertemu Sekolah Sultan Alam Shah. Keputusan berakhir seri, kosong berbalas kosong. Perlawanan berlanjutan hingga ke sudden death. Setiap pasukan dikehendaki menghantar tiga orang wakil bagi menyempurnakan sepakan penalti.
Sepakan kemenangan disempurnakan oleh Alip Fahmi @ Alang. SMSS menang dengan satu sepakan berbalas kosong. Salah seorang pemain SMSS iaitu Muhammad Na'eem Firdaus @ Gonjeng telah dipilih sebagai pemain terbaik.
Senarai pemain SMSS ialah seperti berikut:-
Muhammad Hanif @ Hanif (Kapten)
Muhammad Na'eem Firdaus @ Gonjeng
Muhammad Iskandar @ Is
Muhammad Faisal @ Pecal
Alif Fahmi @ Alang
Nor Naimullah @ Mullah
Muhammad Shakir @ Shakir
Muhammad Najib @ Ajib
Ikhwan Haris @ Ikhwan
Nik Azwan @ Nik
Danial Ho @ Danny
Muhammad Fadhil @ Fadhil
Muhammad Asyraf @ Acap
Muhammad Haziq @ Haziq
Muhammad Luqman @ Luqman
Danial Azim @ Ban (Team Manager)
Posted by Daniellia Zainisya at 6:02 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ Pelajar Cemerlang PMR 2007
PMR 2007 - Pelajar Cemerlang PMR WPKL
Seramai 21 orang calon telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi tahun 2007. Para pelajar ini dipilih daripada 1,699 calon yang mendapat semua A dalam peperiksaan berkenaan.
Pemilihan mereka bukan saja berdasarkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan semata-mata, malah turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sahsiah.
21 orang pelajar cemerlang PMR WPKL ialah;
1. Ahmad Aiman Firdaus Azizan 8A (Sekolah Menengah Sains Selangor)
2. Muhammad Hazwan Hashim 8A (SMK Aminuddin Baki)
3. Azri Azmi 9A (SMK Agama Kuala Lumpur Manjalara)
4. Tan Kien Yoong 8A (SMK Seri Bintang Utara)
5. Aishwariya Krishna Kumar 7A (SMK Convent Bukit Nanas)
6. Lai Weijean 7A (SMK St Mary)
7. Tan Wen Xin 8A (SMK Puteri Ampang)
8. Siti Nur Ain Rosli 9A (SMK Cheras)
9. J Nhanthinhi 7A (SMK Convent Jalan Peel)
10. Kung Khai Shien 8A (SMK Taman Connaught)
11. Ivy Hong Wai Yin 7A (SMK Bukit Bandaraya)
12. Ahmad Ruiz Mohd Asri 8A (SMK Taman Tun Dr Ismail)
13. Anis Zafirah Mohd Rafael 8A (SMK Seri Hartamas)
14. Nor Syuhada Ahmad Soobni 8A (SMK Wangsa Maju Seksyen 2)
15. Siti Sarah Abdul Satar 8A (SMK Wangsa Maju Seksyen 5)
16. Adibatul Athirah Azman 9A (SMK Seri Saujana)
17. Raymond Khoo Teck Hien 7A (SMK Sri Sentosa)
18. Damian Phun Kah Yonng 8A (SMK Kepong Baru)
19. Mohamad Asyraf Mohamad Nor Johari 9A (SMK Segambut Jaya)
20. Norhamizah Mahamood 9A (SMK Raja Ali)
21. Norhayu Sapri 5A 3B (SMK Pendidikan Khas Setapak) OKU Penglihatan
Posted by Daniellia Zainisya at 6:01 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ Analisis SPM 2007
KUALA LUMPUR: Sepuluh sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dinobatkan sekolah terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 membabitkan empat sekolah kawalan dan masing-masing tiga sekolah berasrama penuh dan harian.
Sekolah berkenaan ialah SM Sains Selangor, SM Sains Seri Puteri, SM Sains Alam Shah, SMK Aminuddin Baki, SMK Seri Bintang Utara, SMK St. John, SMK Seri Hartamas, SMK Bukit Jalil, SMK Tinggi Setapak dan SMK Kepong Baru.
Pengarah Pelajaran WPKL, Mohd Radzi Abd Jabar, berkata seramai 476 calon atau 2.42 peratus mencapai keputusan cemerlang 1A dan 2A dengan catatan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 5.19 dalam peperiksaan SPM tahun lalu, meningkat 0.13 peratus berbanding 440 pada 2006.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM tahun lalu membanggakan. Seramai 17,649 atau 89.57 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 15,837 atau 87.85 peratus pada 2006, pencapaian ini menunjukkan peningkatan 1.72 peratus.
Seramai 378 atau 1.92 peratus calon berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A dalam semua subjek yang diduduki berbanding 328 calon atau 1.82 peratus tahun sebelumnya.
Bilangan calon cemerlang meningkat 50 pelajar atau 0.10 peratus berbanding 2006,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan SPM 2007 peringkat WPKL di sini, semalam."
Beliau selanjutnya berkata, daripada jumlah calon cemerlang, seramai 98 calon mendapat 1A dalam semua subjek berbanding 112 calon tahun sebelumnya.
“Seramai 2,509 (12.73 peratus) calon sekolah WPKL mendapat sekurang-kurangnya gred 6C (1A hingga 6C) bagi semua subjek yang diambil tahun lalu berbanding 2,232 (12.38 peratus) tahun sebelumnya. Di samping itu, hanya 105 (0.53 peratus) calon yang gagal (gred 9G) dalam semua subjek berbanding 142 (0.79 peratus) pada 2006."
Posted by Daniellia Zainisya at 6:00 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ SPM 2007
SBP FULL RANKING SPM 2007
1. SM SAINS SEREMBAN
2. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
3. SM SAINS ALAM SHAH
4. SBP INTEGRASI GOMBAK
5. SM SAINS SERI PUTERI
6. SM SAINS KUALA TERENGGANU
7. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
8. SM SAINS MUAR
9. SEKOLAH TUN FATIMAH
10. SBP INTEGRASI KUBANG PASU
11. KOLEJ TUNKU KURSHIAH
12. SM SAINS JOHOR
13. SM SAINS MUZAFFAR SHAH
14. SM SAINS TELUK INTAN
15. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
16. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
17. SM SAINS MIRI
18. SM SAINS KUALA SELANGOR
19. SEKOLAH SERI PUTERI
20. SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
21. SM SAINS TENGKU ABDULLAH
22. SM SAINS SELANGOR
23. SM SAINS MACHANG
24. SBP INTEGRASI RAWANG
25. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
26. SM SAINS HULU SELANGOR
27. SBP INTEGRASI JEMPOL
28. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM
29. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
30. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
31. SM SAINS SULTAN MAHMUD
32. SM SAINS LABUAN
33. SBP INTEGRASI GOPENG
34. SM SAINS TUANKU JA'AFAR
35. SM SULTAN ABDUL HALIM
36. SBP INTEGRASI BATU RAKIT
37. SM SAINS POKOK SENA
38. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
39. SM SAINS SULTAN ISKANDAR
40. SM SAINS KUCHING
41. SBP INTEGRASI SELANDAR
42. SBP INTEGRASI TEMERLOH
43. SM SAINS SABAH
44. SM SAINS KOTA TINGGI
45. SBP INTEGRASI KUANTAN
46. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
47. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
48. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
49. SM SAINS DUNGUN
50. SM SAINS LAHAD DATU
51. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA
52. SBP INTEGRASI PEKAN
53. SM SAINS PASIR PUTIH
54. SM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH
Posted by Daniellia Zainisya at 5:59 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ PMR 2007
PMR 2007 - SMSS SBP Terbaik WPKL
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pencapaian peratusan A sebanyak 73.35 peratus. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dengan 69.08 peratus pula mendahului bagi kategori Sekolah Kawalan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas dengan 20.24 peratus mengungguli kategori Sekolah Harian (SH).
SMSS juga di antara tiga sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur Manjalara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kampung Pandan yang mencatat kelulusan 100 peratus.
Posted by Daniellia Zainisya at 5:58 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ SPM 2006
SBP FULL RANKING SPM 2006
1. SM SAINS SEREMBAN
2. SM SAINS SERI PUTERI
3. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
4. SM SAINS ALAM SHAH
5. SM SAINS KUALA TERENGGANU
6. SBP INTEGRASI GOMBAK
7. SEKOLAH SERI PUTERI
8. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
9. SM SAINS MUZAFFAR SHAH
10. SBP INTEGRASI GOPENG
11. SM SAINS KUALA SELANGOR
12. SM SAINS MUAR
13. SEKOLAH TUN FATIMAH
14. KOLEJ TUNKU KURSHIAH
15. SM SAINS JOHOR
16. SM SAINS SULTAN MAHMUD
17. SM SAINS TENGKU ABDULLAH
18. SM SAINS SULTAN ISKANDAR
19. SBP INTEGRASI KUBANG PASU
20. SM SAINS SELANGOR
21. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
22. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
23. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
24. SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
25. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
26. SM SAINS TELUK INTAN
27. SM SAINS KUALA SELANGOR
28. SM SAINS MACHANG
29. SBP INTEGRASI SELANDAR
30. SBP INTEGRASI PEKAN
31. SM SAINS POKOK SENA
32. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
33. SM SAINS PASIR PUTIH
34. SM SAINS KOTA TINGGI
35. SM SAINS KUCHING
36. SBP INTEGRASI RAWANG
37. SBP INTEGRASI BATU RAKIT
38. SM SULTAN ABDUL HALIM
39. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
40. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
41. SM SAINS SABAH
42. SM SAINS LABUAN
43. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
44. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
45. SBP INTEGRASI KUANTAN
46. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD
47. SM SAINS DUNGUN
48. SM SAINS TUANKU JA'AFAR
49. SM SAINS MIRI
50. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM
51. SBP INTEGRASI TEMERLOH
52. SM SAINS LAHAD DATU
53. SBP INTEGRASI JEMPOL
54. SM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH
Posted by Daniellia Zainisya at 5:57 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ PMR 2006
PMR 2006:-
KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur muncul negeri terbaik keseluruhan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini apabila 1,466 daripada 20,484 calonnya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran diambil.Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Abas Awang, berkata pencapaian terbaik dari segi peratus lulus dan jumlah calon mendapat A itu meningkat berbanding tahun lalu.
"Pencapaian ini mencerminkan peningkatan kualiti pelajar dengan peratusan 7.17 peratus bagi calon yang mendapat A semua mata pelajaran diambil.
"Peratusan calon mendapat gred ABCD juga tinggi, iaitu 69.2 peratus. Peratusan ini mencatat gred purata sekolah (GPS) antara yang terbaik, iaitu 2.72 peratus," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2006 di sini, semalam.
Hadir sama ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPWPKL, Nik Ramas Nik Wan dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jamaludin Abdullah.
Dari segi pencapaian terbaik berdasarkan sekolah, Abas berkata, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) mendahului senarai apabila 95 daripada 115 calonnya mendapat 7A/8A, di samping peratusan A terbaik iaitu 82.61 peratus.
"Sekolah Menengah Sains Selangor juga mencatat GPS paling cemerlang, iaitu 1.03 peratus. Bagi kategori peningkatan menggalakkan, Sekolah Menengah Kiaramas mencatat kelulusan 89 peratus tahun ini berbanding 79.59 peratus tahun lalu.
"Ini diikuti SM Lelaki Methodist yang memperoleh 91.22 peratus tahun ini berbanding 70.9 peratus pada 2005. SM Datuk Lokman pula mencatat peningkatan menggalakkan iaitu 68.13 peratus tahun ini berbanding 60.70 peratus tahun lalu," katanya.
Sebelum itu, Abas mengumumkan SM Sungai Besi sebagai Sekolah Harapan berdasarkan peningkatan dalam peperiksaan berkenaan tiga tahun berturut-turut.
Selain Sekolah Menengah Sains Selangor, sembilan sekolah lain turut disenaraikan dalam 10 sekolah terbaik di negeri itu, iaitu SM Aminudin Baki, SM Agama Kuala Lumur, SM Victoria, SMK Sri Bintang Utara, SMK Sri Bintang Selatan, SM Lelaki Methodis Kuala Lumpur, SM Convent Bukit Nanas, SMK Sri Hartamas dan SMK St John.
CEMERLANG: Sebahagian daripada 90 pelajar SMKA Naim Lilbanat yang mendapat 9A dalam peperiksaan PMR tahun ini di Kota Bharu,semalam.
Di TERENGGANU, 91 atau 79.8 peratus daripada 114 calon Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) mendapat 8A, meningkat 18 orang atau 14 peratus berbanding 113 calon tahun lalu.
Pengetuanya, Mohd Suhaimi Hashim, berkata 95.6 peratus pelajar mendapat A dalam mata pelajaran Sains, Pendidikan Islam (99.12 peratus), Geografi (97.6), Sejarah (96.49), Bahasa Inggeris (90.35) dan Bahasa Melayu (98.25).
Di KOTA KINABALU, pelajar serba boleh yang fasih dalam sembilan bahasa muncul pelajar terbaik PMR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Yuk, Likas.
Bessima Jamal, 15, yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Bajau, Kantonis, Perancis, Korea, Jepun, Arab dan Sepanyol memperoleh 9A termasuk subjek bahasa Cina.
Anak kepada pensyarah berbangsa Lubnan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, pengurusan masa yang teratur dan sokongan ibu bapa adalah pendorong utama kejayaannya.
Pengetua SMK Lok Yuk, Ng Soi Nguwng, berkata pencapaian Bessima memecah tradisi pencapaian sekolah.
Di PUTRAJAYA, Sekolah Sultan Alam Shah mencatat sejarah apabila 133 atau 79.6 peratus daripada 167 calon PMR mendapat semua 8A, dipercayai antara tiga sekolah terbaik seluruh negara.
Penolong Kanan (Akademik) sekolah itu, Roslan Hassan, berkata semua pelajar mencatat sama ada gred A atau B dalam semua subjek dengan 100 peratus A bagi Matematik, Geografi dan Kemahiran Hidup.
Katanya, pasangan kembar seiras Ahmad Syamil Md Yasin dan Ahmad Syakir yang berasal dari Dungun, Terengganu, juga mencatat 8A.
Roslan berkata, sebelum ini tiga pasangan kembar menduduki PMR di sekolah berkenaan tetapi hanya seorang mendapat semua A.
"Pencapaian tahun ini meningkat berbanding tahun lalu kerana pada 2005, 71.1 peratus atau 113 daripada 159 calon mendapat 8A," katanya.
Di SEREMBAN, Sekolah Menengah King George V (SMKGV) mengekalkan rekod tiga tahun berturut-turut mencatat pencapaian 100 peratus dalam keputusan PMR.
Penolong Kanan 1, SMKGV, Yatimah Jiram, berkata sekolah harian Gred A itu turut mengekalkan rekod lebih 100 pelajarnya mendapat keputusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pasangan kembar sekolah berkenaan, Rohamina dan Rohaisha Jamil, juga memperoleh keputusan 8A.
Posted by Daniellia Zainisya at 5:56 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ SPM 2005
SBP FULL RANKING SPM 2005
1. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
2. SM SAINS SEREMBAN
3. SBP INTEGRASI GOMBAK
4. SEKOLAH SERI PUTERI
5. SM SAINS ALAM SHAH
6. SM SAINS SELANGOR
7. SM SAINS KUALA TERENGGANU
8. SM SAINS MACHANG
9. SBP INTEGRASI MERSING
10. SBP INTEGRASI JEMPOL
11. SM SAINS LABUAN
Posted by Daniellia Zainisya at 5:55 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ PMR 2004
PMR Result 2004
Berita Harian
Sekitar Keputusan PMR 2004:
11,283 calon di 11 negeri dapat semua A
Oleh Zulkofli Jamaludin, Sariha Mohd Ali, Hardi Effendi Yaacob, Mohd Hamizar Hamid, Mohd Azrone Sarabatin, Nazura Ngah, Norzilawati Abd Halim, Suhaila Ismail, Kamaliza Kamaruddin, Kamudin Baharom, Mustapha Ismail dan Azri Onn
SERAMAI 11,283 calon dari 11 negeri mendapat peringkat A semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini yang diumumkan Pengarah Pelajaran negeri masing-masing, semalam.
Perak mendahului dengan 1,742 calon mendapat 8A, diikuti Pulau Pinang (1,331), Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, 1,316 dan Labuan, 45), Negeri Sembilan (1,316), Sarawak (1,158), Johor (960), Pahang (923), Terengganu (954), Kelantan (847), Melaka (498) dan Perlis (193).
Di Ipoh, Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd Yusuf Saidin, berkata daripada 40,125 calon yang menduduki peperiksaan itu, 24,122 atau 60.1 peratus daripada mereka mencapai tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran.
Katanya, dua pelajar cemerlang yang mendapat 8A, Muhammad Khairul Shahir Abd Hakim dan Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki, masing-masing dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Grik dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) turut dipilih menerima Anugerah Cemerlang PMR 2004 peringkat kebangsaan.
Di Kuala Lumpur, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata seramai 13,478 calon daripada 19,561 atau 68.9 peratus yang menduduki PMR tahun ini menguasai tahap penguasaan minimum.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 1,316 calon atau 6.7 peratus mendapat 9A, 8A dan 7A. Tiga sekolah terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lulus 100 peratus, iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan SMK Agama Kuala Lumpur, manakala lapan sekolah menengah harian melebihi 90 peratus.
Di Seremban,antara sekolah yang paling ramai calon cemerlang ialah Sekolah Datuk Abdul Razak, Sekolah Menengah King George V, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (Smap) Labu, Kolej Tunku Kurshiah, SMKA Pedas dan SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.
Dua pelajar cemerlang iaitu Mohd Fathul Aizat Kamarizan dari Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang dan See Sook Fui dari SMK Puteri, Seremban menerima penghargaan daripada Kementerian Pendidikan.
Di Kuantan, Pengarah Pelajaran Pahang, Ahmad Azmey Abu Talib berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, di Bandar Indera Mahkota, Afida Liana Yahya, yang mendapat 8A turut diumumkan pelajar terbaik peringkat kebangsaan.
Posted by Daniellia Zainisya at 5:54 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ PMR 2002
PMR 2002:-
PMR: 17,994 calon dapat semua A
Oleh Mohd Fuad Razali dan Syuhada Choo Abdullah
KUALA LUMPUR, Isnin: Seramai 17,994 atau 4.6 peratus daripada 391,431 calon sekolah kerajaan yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, mendapat A bagi semua mata pelajaran.
Jumlah itu meningkat 4,119 calon berbanding 13,875 atau 3.5 peratus yang dicatatkan tahun lalu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, berkata peningkatan itu boleh dibanggakan kerana calon mencatat pencapaian memberangsangkan terutama dalam mata pelajaran penting, seperti Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.
"Ini sejajar hasrat kerajaan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun akan datang," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan PMR 2002 di Kementerian Pendidikan, hari ini.
Dalam peperiksaan itu, peratus calon yang melepasi tahap penguasaan minimum iaitu Peringkat A, B, C dan D bagi subjek Bahasa Inggeris meningkat 7.5 peratus kepada 69.9 peratus, berbanding 62.4 peratus tahun lalu.
Bahasa Melayu pula mencatat peningkatan dua peratus daripada 91.5 peratus tahun lalu kepada 93.5 peratus, manakala Matematik meningkat 0.7 peratus daripada 90.6 peratus kepada 91.3 peratus.
Peperiksaan PMR yang masuk tahun ke-10 tahun ini, berlangsung mulai 14 hingga 17 Oktober lalu di 2,799 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Pencapaian dalam mata pelajaran PMR dilaporkan berdasarkan lima peringkat iaitu A (Cemerlang), B (Kepujian), C (Baik), D (Mencapai Tahap Penguasaan Minimum) dan E (Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum).
Oleh kerana tiada konsep lulus atau gagal dalam keputusan PMR, semua calon yang mengambil peperiksaan itu layak menerima pernyataan keputusan masing-masing serta naik ke tingkatan empat.
Abdul Rafie berkata, peningkatan mendadak dalam pencapaian Bahasa Inggeris berikutan langkah Kementerian Pendidikan seperti penambahan latihan untuk guru subjek berkenaan, pengenalan elemen sastera Inggeris dalam mata pelajaran itu serta program pembacaan meluas yang dirancang di sekolah.
Katanya, program seperti kejurulatihan bahasa Inggeris, latihan bersama dengan membawa guru dari negara penutur bahasa Inggeris ke Malaysia, pertambahan guru yang terlatih dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua di luar negara turut menyumbang kepada peningkatan itu.
"Bagaimanapun kita berhasrat untuk meningkatkan lagi pencapaiannya setanding subjek lain pada pada masa depan.
"Saya percaya langkah memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta usaha bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dapat meningkatkan pencapaian berkenaan," katanya.
Subjek Sains pula mengekalkan pencapaian tahun lalu pada kadar 95.2 peratus, manakala Sejarah meningkat 0.7 peratus daripada 90 peratus kepada 90.7 peratus, Geografi meningkat 0.2 peratus (94.7 peratus kepada 94.9 peratus) dan Pendidikan Islam menurun 0.1 peratus (91.8 peratus kepada 91.7 peratus).
Bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, kertas Pilihan 1 mencatat pencapaian 1.4 peratus daripada 93 peratus kepada 94.4 peratus, Pilihan 2 meningkat 2.5 peratus (94.7 peratus kepada 97.2 peratus) dan Pilihan 3 meningkat 3.7 peratus (90 peratus kepada 93.7 peratus).
Bagi mata pelajaran tambahan pula, Bahasa Arab mencatat peningkatan 2.4 peratus, Cina (5.1 peratus) dan Tamil (3.9 peratus) manakala Punjabi dan Iban masing-masing mencatat penurunan 1.1 peratus dan 2.3 peratus.
Pada majlis itu juga, Abdul Rafie menyampaikan surat penghargaan kepada 10 sekolah yang muncul sebagai sekolah terbaik dari segi pencapaian Peringkat A bagi semua subjek yang diambil.
Daripada jumlah itu, masing-masing empat bagi kategori sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian serta satu kategori Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan satu lagi sekolah swasta.
Sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) yang mencatat 88.4 peratus, SMS Sultan Mahmud Kuala Terengganu (85 peratus), Sekolah Alam Shah (84.2 peratus), Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban (80.3 peratus), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki Kuala Lumpur (71.2 peratus), SMK Victoria Kuala Lumpur (61.1 peratus), Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri (52 peratus), SMK Agama Sheikh Abdul Malik Kuala Terengganu (51.9 peratus), MRSM Yayasan Terengganu Dungun (83.3 peratus) dan Kolej Yayasan Saad Melaka (96.4 peratus).
Abdul Rafie berkata, 34 sekolah berasrama penuh memperoleh pencapaian 100 peratus melepas tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran di samping pencapaian yang tinggi pada Peringkat A.
Sekolah Menengah Sains Selangor mendahului senarai SBP apabila 107 daripada 121 pelajarnya mencapai A bagi semua subjek.
Bagi sekolah menengah harian, 31 sekolah mencapai 100 peratus melepasi tahap penguasaan minimum, MRSM (semua 11 maktab) manakala sekolah swasta (lima).
Mengenai pencapaian sekolah luar bandar, beliau berkata, pencapaiannya agak memberangsangkan terutama bagi subjek Bahasa Inggeris yang mencatat 61.9 peratus, Bahasa Melayu (93.4 peratus), Matematik (89.5 peratus) dan Sains (94.8 peratus).
Posted by Daniellia Zainisya at 5:53 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ SBP Excellent
Sila Pilih Sekolah
1 1.SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH, 62604 PUTRAJAYA WP PUTRAJAYA
2 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, 41906 KLANG SELANGOR
3 KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR, 33000 KUALA KANGSAR PERAK
4 KOLEJ TUNKU KURSHIAH, 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
5 SBP INTEGRASI BATU RAKIT, 21020 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
6 SBP INTEGRASI GOMBAK, 53100 GOMBAK SELANGOR
7 SBP INTEGRASI GOPENG, 31600 GOPENG PERAK
8 SBP INTEGRASI JEMPOL, 72200 BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN
9 SBP INTEGRASI KUANTAN, 25200 KUANTAN PAHANG
10 SBP INTEGRASI KUBANG PASU, 06050 BUKIT KAYU HITAM KEDAH
11 SBP INTEGRASI PEKAN, 26600 PEKAN PAHANG
12 SBP INTEGRASI RAWANG, 48020 RAWANG SELANGOR
13 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM, 45100 SABAK BERNAM SELANGOR
14 SBP INTEGRASI SELANDAR, 77500 SELANDAR MELAKA
15 SBP INTEGRASI TEMERLOH, 28010 TEMERLOH PAHANG
16 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK, 71450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
17 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, 26600 PEKAN PAHANG
18 SEKOLAH SERI PUTERI, 63000 CYBERJAYA SELANGOR
19 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, 62520 PUTRAJAYA WP PUTRAJAYA
20 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, 31400 IPOH PERAK
21 SEKOLAH TUN FATIMAH, 80000 JOHOR BAHRU JOHOR
22 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, 43000 KAJANG SELANGOR
23 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU, 71900 LABU NEGERI SEMBILAN
24 SM SAINS ALAM SHAH, 56000 KUALA LUMPUR WP KUALA LUMPUR
25 SM SAINS DUNGUN, 23000 DUNGUN TERENGGANU
26 SM SAINS HULU SELANGOR, 44300 BATANG KALI SELANGOR
27 SM SAINS JOHOR, 86000 KLUANG JOHOR
28 SM SAINS KOTA TINGGI, 81900 KOTA TINGGI JOHOR
29 SM SAINS KUALA SELANGOR, 45000 KUALA SELANGOR SELANGOR
30 SM SAINS KUALA TERENGGANU, 21100 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
31 SM SAINS KUCHING, 93050 KUCHING SARAWAK
32 SM SAINS LABUAN, 87032 WP LABUAN WP LABUAN
33 SM SAINS LAHAD DATU, 91109 LAHAD DATU SABAH
34 SM SAINS MACHANG, 16500 MACHANG KELANTAN
35 SM SAINS MIRI, 98000 MIRI SARAWAK
36 SM SAINS MUAR, 84009 MUAR JOHOR
37 SM SAINS MUZAFFAR SYAH, 75450 MELAKA MELAKA
38 SM SAINS PASIR PUTEH, 16800 PASIR PUTEH KELANTAN
39 SM SAINS POKOK SENA, 06400 POKOK SENA KEDAH
40 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, 34009 TAIPING PERAK
41 SM SAINS SABAH, 88999 KOTA KINABALU SABAH
42 SM SAINS SELANGOR, 56000 KUALA LUMPUR WP KUALA LUMPUR
43 SM SAINS SEREMBAN, 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
44 SM SAINS SERI PUTERI, 51200 KUALA LUMPUR WP KUALA LUMPUR
45 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH, 25150 KUANTAN PAHANG
46 SM SAINS SULTAN ISKANDAR, 86800 MERSING JOHOR
47 SM SAINS SULTAN MAHMUD, 21300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
48 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH
49 SM SAINS TELUK INTAN, 36010 TELUK INTAN PERAK
50 SM SAINS TENGKU ABDULLAH, 27600 RAUB PAHANG
51 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, 16100 PENGKALAN CHEPA KELANTAN
52 SM SAINS TUANKU JA`AFAR, 72000 KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
53 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA, 01000 KANGAR PERLIS
54 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN, 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
55 SM SULTAN ABDUL HALIM, 06009 JITRA KEDAH
Posted by Daniellia Zainisya at 5:52 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ School Anthem
SMS Selangor tegak berdiri
Banggaan putera puteri
Menabur jasa membuat bakti
Pada ibu pertiwi
Kami pohonkan doa dan restu
Dalam menuntut ilmu
Agar berjaya segala cita
Harapan ayah bonda
Pada sekolah yang tercinta
Pada guru yang mulia
Mari kita semua berseru
SMS Selangor maju
Posted by Daniellia Zainisya at 5:51 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ Sejarah
SMSS telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Pada masa itu bangunan sekolah ini yang bertempat di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak belum lagi siap dibina. Justeru, pelajar-pelajar sekolah ini ditempatkan di beberapa sekolah di Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk sementara waktu di bawah seorang penyelia, En. Saad bin Md. Yasin.
Sebagai permulaan, empat buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan seramai 120 orang ini telah ditempatkan di Sekolah Alam Shah. Mereka dibahagikan kepada dua aliran iaitu 2 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 2 kelas aliran Bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar Tingkatan Satu aliran Bahasa Melayu seramai 80 orang ditempatkan di Sekolah Sultan Aziz Shah, Kajang. Pada 1 November 1973, seorang pengetua, En. M. P. Prabakar telah ditugaskan untuk mentadbir SMSS. Beliau beribu pejabat di Sekolah Alam Shah. Bangunan yang ada sekarang siap dibina pada 7 Januari 1974 dengan perbelanjaan sebanyak RM2.2 juta.
Penggal pertama persekolahan untuk tahun 1974 dan pelajar-pelajar yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan sekolah ini sebelumnya menumpang di beberapa buah sekolah di Selangor telah melaporkan diri pada hari tersebut di bangunan baru. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima aliran Bahasa Melayu telah dikekalkan di Sekolah Alam Shah untuk meneruskan pengajian mereka sementara yang lain berpindah ke bangunan baru SMSS.
Pada 4 Februari 1974, seramai 120 orang pelajar baru melaporkan diri untuk belajar di Tingkatan empat. Kehadiran semua pelajar adalah merupakan titik permulaan tertubuhnya Sekolah Menengah Sains Selangor. Pada 16 Februari 1988, seramai 91 orang pelajar Tingkatan Satu melaporkan diri sebagai pelajar Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah ini mula menawarkan aliran teknikal bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat pada tahun 1996. Walau bagaimanapun terdapat sebuah kelas aliran Sains Tulen yang dikekalkan untuk mereka yang berminat. SMSS juga adalah salah sebuah Sekolah Bestari di antara 90 buah sekolah Bestari di Malaysia sejak tahun 1999.
Sehingga tahun ini (2008) pentadbiran SMSS diterajui oleh Tuan Hj. Mohd Ardani bin Yunos sebagai pengetua yang ke-11. Beliau mula berkhidmat pada pertengahan tahun 2004.
Posted by Daniellia Zainisya at 5:50 PM 0 comments
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ History
Sekolah Menengah Sains Selangor or SM Sains Selangor (SMSS) literally translates into 'Selangor Science Secondary School'. It is under a special fully residential school programme by the Sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP), meaning `Fully Residential School' Sector, under the purview and control of the Malaysian Ministry of Education (MOE). It is undeniably among the Top 10 best boarding schools in Malaysia.
Recent notable achievements include having the best result in the Federal Territory in the 2007 Penilaian Menengah Rendah (PMR) examinations. This school is also well-known for its strong Rugby prowess, and winning two or three titles a year is a norm. Also very active in other sports such as Hockey as well as having a formidable Wind Orchestra regularly competing in the national SBP Wind Orchestra competitions. In 2006, Sekolah Menengah Sains Selangor was awarded the Bronze Award during the 2006 SBP Wind Orchestra Finale.
Despite what its name suggests, Sekolah Menengah Sains Selangor is actually located within the boundaries of the Federal Territory of Kuala Lumpur. It is one of the earlier SM Sains schools in the country, hence its name bearing or representing the State of Selangor, prior to formation of the Federal Territory of Kuala Lumpur. Newer SM Sains schools would bear the names of the individual cities or towns where they are situated (such as Sekolah Menengah Sains Teluk Intan or SEMESTI) or in some cases the names of Sultans and other Rulers (such as Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah or SERATAS).
Sekolah Menengah Sains Selangor is a co-ed school, having students coming from all the States in Malaysia. The pioneer batch of students which were made up of Form 1 and 4 started in 1973 temporarily placed for a year at four other different schools in Kelang and Kajang before reuniting at the spanking new school in 1974 as Form 2 and 5 students. Later intakes were mostly from Form 1 based on their UPSR excellence, with a trickle coming in at Form 4 based on their excellent PMR results.
Selection for entry into Sekolah Menengah Sains Selangor, as the case with all schools under the purview of the SBP Sector under MOE, is strictly done by the MOE themselves. Underlying and foremost criteria is that the students must achieve 5As in their Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) or Primary School Assessment Test. More than 500,000 sit for the UPSR each year, and about 10% or equivalent to 50,000 would get 5As. Nearly 100,000 or 20% would be applying for a place in one of the 54 boarding schools under SBP.
Therefore, the entry criteria also puts equal emphasis to co-curriculum, leadership qualities and also sports excellence. Out of the 100,000 applicants, only 6,000 would eventually find their way into a boarding school. So, considering that Sekolah Menengah Sains Selangor is among the Top 10 best SBP in the country, then securing a place there by default effectively means that you are amongst the top 1,000 of the total UPSR students in that given year.
Those who do not get selected for SBP, have another shot at MRSM which would take in another 3,000 from the list for entry into their 34 MRSM schools. Hence, as a general rule, out of the 100,000 hopefuls, only 9,000 or a mere 9% would be able to enter a fully residential school, be it SBP or MRSM. That percentage is much lower if you take into account the original 500,000 total UPSR students. The rest would have to go to SBPI (Integrated Fully Residential School) or SMKA (which is under State Education Department purview) or ordinary daily Sekolah Menengah Kebangsaan or SMK schools.
After more than 34 years of establishment, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) now stands tall and proud alongside other more established SBPs like Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Maktab Tentera Diraja (RMC), Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Sekolah Seri Puteri (SSP), Sekolah Tun Fatimah (STF) and of course its own sibling rivals like Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) and Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) or formerly known as Sekolah Menengah Sains Taiping (SEMESTA). They find themselves locking horns with each other during yearly competitions such as Rugby, Football, Hockey, Debate, Wind Orchestra and other events organized by the SBP Sector under MOE. Needless to say, Sekolah Menengah Sains Selangor has won their fair share of these competitions, and when they did not win, they would have given a more than worthy challenge for their opponents.
Over the years, competition becomes stiffer with the establishment of Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) which is under the Majlis Amanah Rakyat (MARA). Of course there are also schools like Kolej Yayasan Saad (KYS) and Kolej Tuanku Jaafar (KTJ) but these are private schools. However, for better or for worse, MRSM schools and these private schools do not normally have the opportunity to directly pitch themselves against the boarding schools under SBP.
Situated strategically on top of a small hill in Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor has one of the most fascinating views overlooking the scenic Tasik Permaisuri lakes. It's main arch is directly oppposite to the Kuala Lumpur Football Stadium, which is in turn adjacent to the Kuala Lumpur Sports Complex and Kuala Lumpur Swimming Complex. It also enjoys having the company of other schools i.e. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri and Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras as its immediate neighbours. Hospital HUKM is also conveniently in the vicinity.
The school's official address is Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Tasik Permaisuri 1, Off Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Tel No: +603-91316093, Fax No: +603-91300346, E-mail address: pengetua@wea0206.14.moe.edu.my.
For an Aerial View of Sekolah Menengah Sains Selangor, please click on the following URL:- http://wikimapia.org/356636/
For the latest updated information, please visit the Official Website of Sekolah Menengah Sains Selangor by clicking on the following URL:- http://www.smssonline.page.tl
Posted by Daniellia Zainisya at 5:49 PM 0 comments
Saturday, February 16, 2008
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), here I come!!
Good news at last!!
I've been selected to enter Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). That means I'll be joining my `twin' sister, Alya. Can't wait to register myself on Wednesday 27th February, 2008.
Thank you to Sektor SBP, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Thank you, too, to everyone who supported me and believed in me. Above all, my biggest thank you to Bapa, the greatest Dad in the world!! And of course, not forgetting Mama, Ibu and Abah. And also my cute siblings Hilmi, Zetri and Iqmal. I love you all!!
OMG, I can't stop smiling...!!
;-) ;-) ;-)
SMSS Official Badge
SMSS Placard
SMSS Welcome Arch
Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
Panoramic View Of SMSS
SMSS Gazebo 
Netball Court
Multi Purpose Block
Assembly Hall
Classroom Block
Overview From Boys' Hostel
SMSS At Night
SMSS Aerial View
Posted by Daniellia Zainisya at 12:46 AM 4 comments

