CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 18, 2008

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) ~ Ansara 10s Part 1

Sekolah Menengah Sains Selangor telah dijemput menyertai Kejohanan Ragbi Ansara 10's yang bertempat di Padang Utara, Petaling Jaya. Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Januari 2008. Pada tahun lepas SMSS berjaya mendapat tempat kedua di bawah Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS). Menjadi tanggungjawab SMSS samada untuk menaikkan ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kedudukan itu.

Setelah berpenat lelah sepanjang hari SMSS berjaya melayakan diri untuk hari kedua. Keputusan perlawanan hari kedua seperti berikut;

SMSS 7 vs MRSM Terendak 0

Berbekalkan kemenangan ke atas MSRM Terendak, SMSS telah melayakkan diri ke peringkat final bertemu Sekolah Sultan Alam Shah. Keputusan berakhir seri, kosong berbalas kosong. Perlawanan berlanjutan hingga ke sudden death. Setiap pasukan dikehendaki menghantar tiga orang wakil bagi menyempurnakan sepakan penalti.

Sepakan kemenangan disempurnakan oleh Alip Fahmi @ Alang. SMSS menang dengan satu sepakan berbalas kosong. Salah seorang pemain SMSS iaitu Muhammad Na'eem Firdaus @ Gonjeng telah dipilih sebagai pemain terbaik.

Senarai pemain SMSS ialah seperti berikut:-

Muhammad Hanif @ Hanif (Kapten)
Muhammad Na'eem Firdaus @ Gonjeng
Muhammad Iskandar @ Is
Muhammad Faisal @ Pecal
Alif Fahmi @ Alang
Nor Naimullah @ Mullah
Muhammad Shakir @ Shakir
Muhammad Najib @ Ajib
Ikhwan Haris @ Ikhwan
Nik Azwan @ Nik
Danial Ho @ Danny
Muhammad Fadhil @ Fadhil
Muhammad Asyraf @ Acap
Muhammad Haziq @ Haziq
Muhammad Luqman @ Luqman
Danial Azim @ Ban (Team Manager)

0 comments: