Tingkatan Satu SMSS Tahun 2008
Pelajar-pelajar Tingkatan Satu Tahun 2008 Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) telah pun masuk pada awal bulan ini. Berbagai-bagai riak muka yang dapat dilihat pada wajah mereka. Ada yang ceria, ada yang ketakutan dan ada juga yang 'blur'. Tak kurang juga yang menangis kesedihan. Itu semua hanyalah untuk hari pertama sahaja, menjelang seminggu mereka semua umpama telah lama berkenalan.
Program Minggu Orientasi diadakan selama seminggu bagi memperkenalkan pelajar-pelajar Tingkatan Satu ini kepada persekitaran sekolah yang masih baru bagi mereka. Mereka dibawa melawat ke setiap pelusuk Blok Akademik, Asrama dan Padang Permainan. Program ini juga bertujuan untuk membantu mereka dalam proses perkenalan sesama rakan. Ini amat penting bagi memupuk semangat batch yang amat berguna pada masa akan datang.
Minggu Orientasi pelajar Tingkatan Satu SMSS 2008 berakhir dengan aktiviti Malam Bakat. Pemenang akan menyumbang mata untuk Rumah Sukan masing-masing. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki membuat satu persembahan nyanyian samada nasyid, boria dan lain-lain. Keletah mereka dapat dilihat pada malam tersebut.
Keputusan pertandingan:-
Johan: Pahlawan (Boys)
Naib Johan: Perwira (Boys)
Monday, February 18, 2008
Catatan Dari Seorang Senior SMSS 0408
Posted by Daniellia Zainisya at 6:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment